My Best Friend

Aisyah is back cause wifi laju sangat kat hostel ni. And wifi laju kat ruang tamu je. So boleh la kot update sementara orang tak ada ni. Hehehe. How Aisyah's life in Muadzam Shah so far? Okey la not bad. So far so good. Happy je duduk sini tak stress sangat. Cuma susah nak keluar je la. Sebab tak ada transport, kena naik bas kalau nak pergi mana mana. Then jalan kaki pergi bandar, Alone? Yes. Aisyah pergi keluar sorang sorang sebab tu tak berani sangat. Tak macam dulu kalau jalan sorang sorang selalunya sewa kereta tapi sekarang student yang sewakan kerete tu dah habis belajar. Tak apa la Aisyah is fine. No hal la semua tu. Teringin apa apa delivery je. And confirm la pizza hut kan. Kat sini tak ada McDonald so kita berhuhu je la ye. Cukup la about Muadzam Shah ye. Aisyah nak cerita about my brest friend. Aku rasa kan antara kawan kawan aku dia lah yang paling aku sayang. Apa apa aku ingat dia. Kitorang dah kawan lama since sekolah rendah tapi start rapat since sek menengah sebab sama kelas. After habis SPM aku and kawan kawan lain sambung belajar and dia sorang je tak sambung. I don't know why tapi mungkin sebab kewangan. Mungkin la. Almost a years and half maybe aku tak jumpa dia and this years is the best year ever sebab aku rasa aku dah jumpa orang yang betul betul faham aku. Faham minat aku. Perasaan tu memang susah kau nak rasa dengan orang lain. We share the same thing and interest. Silap aku dulu sebab aku tak terlalu care pasal dia dan buat dia jauh dari aku and kawan kawan tapi bila aku sedar aku cari dia and buat dia rasa yang dia ada aku. Buat dia rasa aku lah kawan dunia akhirat dia. Aku tak boleh nak janji sampai bila aku akan ada untuk dia tapi In shaa Allah kalau dia perlukan aku, aku ada untuk dia. Kalau aku nak pergi jalan jalan dialah orang pertama yang aku akan ajak. And she never refuse. Kalau dia tolak pun atas sebab sebab yang tak boleh dielakkan. Apa la guna kau nak berkawan tapi tak boleh jadi seseorang yang memahami. Pada aku la kan kalau kau nak jadikan seseorang tu sahabat kau benda pertama yang kau kena buat ialah kau kena tolak tepi apa keburukan sahabat kau tu. Jangan terlalu fikirkan sangat. Sahabat kau tu tak sempurna pun. Tugas kau yang sebenar ialah bila dia silap kau kena tegur. Tegur dengan cara baik. Banyak benda yang aku nak buat dengan dia. Kitorang ada plan nak pergi short vacay. Aku nak dia rasa seronok je. Spend time sama sama. Dia sahabat aku dan aku nak dia gembira. She deserve it. Walau apa pun yang bakal berlaku dan mungkin akan ada satu masa yang aku tak ada bila dia perlukan aku aku nak dia tahu yang aku sayang kan dia. Kita sahabat dunia akhirat ye Nad. 






Back again to STudent life

Sementara untuk cerita habis download so why not update blog dulu kan. Aptut ke aku jadi active blogger. Menjana income dengan blog. Boleh kot tapi kena prepare banyak benda. Bukan apa nak kena share life kita dengan orang bukan udah actually. But it's okey, one day in shaa allah. Aisyah can do it. First of all aku nak cerita yang aku dah masuk uni balik. Bukan sambung master tapi nak baiki pointer je. Tak boleh graduate nnt,, Suppose to be this year tapi tunda la tahun depan graduate tu. So far so good la hidup student life without kawan kita yang dulu dulu tu. Manage time sendiri. Keluar sendiri. Buat semua sendiri. Not bad la memang style Aisyah. Alone. Ada pro and cons juga la. Oh nanti a sambung semula. Nak kEmas nak kejar bas ni. Hahaha. Nanti Aku update lagi.

Allah tu Ada.. Yakin dan percaya

Bad day is not a bad life. Kita make it short je la ae sebab rasa nak nangis bila fikir. Tak tau la kena tipu or apa tapi sekarang ni yang Aisyah tanggung adalah hutang modal berniaga and macam mana nak jual lg 176 balang jeruk. Salah sorang creditor ni nak bayar sewa rumah kawan dia dah minta. Boleh bayangkn tak perasaan bersalah Aisyah macam mana? Dalam masa yang sama Aisyah ada masalah disebabkan perubahan kerajaan Aisyah diberhentikan kerja serta merta. Sedih tak? Apa la Aisyah rasa masa tu kan. And the worse part is bila Aisyah tahu yang Mak pernah menangis sebab Aisyah. Ayah pun mungkin pernah. Apa perasaan Aisyah? Mungkin cerita tu dah lama tapi Aisyah sedih la. And bila Mak tanya about jualan jeruk ni macam mana and Aisyah jawab kena cari customer sekarang and she reply sampai hati orang tu. I know she crying inside without show me the tears. Apa yg Aisyah rasa. Pelbagai nasihat Aisyah terima tapi the worst part is semua nasihat tu ibarat Aisyah you know nothing. You know nothing and You know nothing. Ibarat kalau tak pandai kenapa buat business. Diorang tak ckp mcm tu tapi bila masalah ditimpa timpa all the positive gone. Yang tinggal hanya negative. Aisyah crying alot today. From morning to night. Aisyah cuba tak nangis depan orang tapi bila Aisyah nak nangis Aisyah masuk bilik. Aisyah fikir apa la nasib aku. Berdosanya buat orang sekeliling nangis, sedih,marah,terasa hati and macam macam lagi la. Semua sebab kesilapan Aisyah. Tapi Aisyah percaya pada kuasa Allah. Sekian luahan hati Aisyah.

Mengharapkan Kebahagian hingga Penghujung Hayat

Dia bukanlah seorang yang sempurna dimata tetapi mampu melengkapkan kekurangan yang ada. Dia bukanlah seorang yang romantik tapi dia tahu apa yang kita mahu. Sikapnya yang memahami sangat menenangkan hatiku. Kepercayaan yang ku berikan tidak pernah disia siakan. Orangnya tidaklah setampan yang diingini tetapi cukuplah ketampanan sikapnya membuat aku merasakan dialah one and only person that will accompanying me for a lifetime. Berada disampingnya mampu membuatkan aku rasa selamat.  Perkenalan selama 5 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Setelah 5 tahun dia menjadi tunang tidak rasmi. Mungkin 2019 dia akan menjadi tunang rasmi dan 2020 atau 2021 kami bakal melangsungkan perkahwinan dan sah menjadi suami isteri. Semua itu atas rezeki masing masing. Aku berharap agar aku sempat menjadi isterinya dan sempat menjalankan tanggungjawab seorang isteri kepada bakal suamiku. Seandainya bukan rezekiku untuk menjadi isterinya didunia tetapi aku mahu menjadi isterinya diakhirat kelak. Sayangku kepadanya bukanlah rekaan. Bukan juga permainan. Kami ikatkan rasa cinta dan sayang dengan kesetiaan. Kisah cinta kami tidak sehebat yang lain tetapi kami bahagia berada disamping masing masing. Semoga hubungan ini sentiasa kekal sehingga kepenghujungnya.

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.
~* MY LOVE *~

~ ........ ~

Huish payah juga nak berhentikan kalau dah start menulis ni. Hahaha. Nak jadi active macam dulu tapi tak mampu. Tak apa la kita tulis suka suka je. Buat macam diary. Okey nak sambung cerita yang aku lupa kat entry sebelum ni. Nak cerita about tertidur or terlelap. Ada pengalaman tak? Mesti pernah kan. Aku confirm pernah. Setiap kali. Dua dua on the phone waktu tengah baring sekali aku panggil2 tak ada sahutan weyh. Panggil punya panggil baru dengar suara. Tu belum lagi kau panggil panggil sampai subuh belum tentu dia menyahut. Sakit hati kan. Kalau time dia sahut alasan dia, dia terlelap. Mana taknya, aku tenagh cakap2 ni dia pergi tutup mata dia. Kalau aku jadi dia aku pun tidur weyh. Aku tengah sedap sedap cerita nak dengar respon dia la kononnya sekali kena prank weyh. Dia membuta. Nasib tak berdengkur. Tu je benda yang aku lupa sebenarnya. Hahaha. Aku dengan dia ni dah tak ada perkataan kenapa awak buat saya macam ni? Sampainya hati awak. Tak ada weyh. Aku dah masak sangat dengan dia kalau masuk dalam kuali memang dah hangit hangus tahap boleh terbakar dapur. Perkataan yang keluar selalunya, ikut awaklah nak buat apa. Nampak macam pasrah je kan? Memang pasrah pun tapi perkataan tu kalau kau hayati sedalam dalamnya memang kau buat ikut suka kau. Confirm. Tak adanya kau fikir apa dia rasa lagi. Merajuk ke pujuk ke tak ada dah dalam kamus hidup kau. Dia buat suka dia kau pun buat la suka kau. Belum jadi suami lantak dia la. Bagi la enjoy puas puas kan. Nanti dah kahwin pandai dia la ingat yang dia ada isteri. Kalau dia mengenang jasa dia tau apa makna penghargaan. Penghargaan ni tak perlu nak bagi iPhone ke apa ke cukup ucapan terima kasih cair hati kau. Silap silap mengalir air mata kau. Sedangkan ucapan maaf pun dah sangat bermakna inikan pula ucapan terima kasih. Hehehe. Aku cerita berdasarkan pengalaman. Ada benda yang kita kena praktik dari awal supaya kita senang dikemudian hari. Okey la. Tak ada benda nak cerita lagi. Tunggu next entry. 

Pergilah, Tak Nak Ganggu

Pergilah, tak nak ganggu. Disebalik kata kata ni banyak yang terjadi sebelum perkataan tu diungkapkan. Contohnya kau tengah seronok berborak dah capai klimaks cerita dah tetiba ada orang lain call dia then cakap dah ada kat luar or ajak lepak and kau be like "tak apa pergi la". Bila kau rasa lama sangat dia dah lepak dan firasat kau kata dia dah balik. Bila kau call rupanya dia tak balik lagi and kau be like "ooo okey, lepak la tak nak ganggu." Bila korang on the phone lagi and di suruh sambung apa yang korang nak cerita tu perasaan tu tak sama weyh. At the end korang just cakap "tak apa la, tak ingat dah." or "tak apa la tak penting pun." Actually, benda tu sebenarnya penting time hari yang korang nak cerita konon nak luah perasaan tapi termati kat situ. Kalau yang bagitau awal tu mungkin tak terasa sangat yang last minute tu kadang kadang spoil mood terus. Mula la kau nak merajuk. Lelaki ni kadang kadang tak alert pun weyh. Pandai kau sendiri la nak buat macam mana. Macam aku banyak je pendam. Nak terasa pun buat apa. Tak berbaloi pun. Dia mungkin kesah tapi benda dah lepas. Nak undur tak boleh. Kalau perasaan terasa tu diibaratkan sebagai pages buku nota dan bila kau terasa kau koyakkan sehelai page. Bila kau terasa lagi kau koyakkan. Nak tampal balik tak boleh. tapi kalau kau rajin nak pergi tampal balik silakan. bagi aku buku nota tu nilai kesabarkan aku. setiap helaian tu perasaan aku. Setebal mana pun kau bersabar tapi bila helai terakhir dikoyakkan itu bermakna kesabar kau dah ditahap min. Memang kau naik hantu punya. Masa tu mula la open table bawa berbincang. Minta maaf and kau pun seronok balik kau beli lagi buku nota tu. Bila benda yang sama terjadi mula la kau nak main koyak koyak lagi and macam tu la seterusnya. Hidup ni tak jadi macam yang kita rancang. Allah rancang segalanya tapi yang tak baik tu datang dari kita ye bukan Allah. Ikut hasutan syaiton tu yang kurang baik. Pernah terjadi ke kat aku? Tak yah tanya, selalu terjadi. Aku pun tak faham dengan diri aku kadang kadang. Banyak pendam perasaan tapi rela memaafkan. Dia je la. Orang lain tu tengok keadaan. Aku tak kata dia selalu melepak walaupun memang hakikat tapi nak cerita kat sini kalau dia melepak jenis tak sedar diri. Dalam satu hari tu kau tak yah terkejut kalau pagi petang malam bila kau call dia, dia kat rumah tetiba dia kat mall then kalau whatsapp dia tnya kat mana dia kata kat rumah then kau nak tanya khabar lagi malam tu konon sweet la then kau tanya dia kat mana, dia tengah lepak makan makan dengan member. Aku pun tak tau bila masa yang betul betul dia duduk rumah 24 jam. Tu belum lagi bila kau tnya dia kat mana tetiba dah pergi becuti. Sakit hati tak kalau jadi aku. Apa je kau boleh buat. Long distance relationship kan. Kau boleh cakap kat dia "take care, have fun, pergilah, tak nak ganggu." Kalau dekat tak tahu la. Date cancel last minute agaknya. Bagi dia kawan lebih penting sebab apa apa kawan yang datang dulu. Kau nak terasa pun tak guna. Kau halang macam mana pun tetap sama. Kau jauh dia suka hati la nak buat apa kat sana. Bukan kau tahu pun kalau dia menipu. Nak gambar sebagai bukti konon, dia bijak la weyh, dia tangkap gmbar siap siap kat rumah then bagi kat kau. Nak kasi kantoi kau pergi video call dia. Kalau dia angkat la. Kau nak tanya kawan rapat dia? Diorang ni hubungan dah macam family sorang sorang backup. Aku tak ada number kawan kawan dia. Tak kuasa aku. Kalau ada pun number kawan dia yang sama kelas dengan aku. Entah la weyh, kadang kadang aku rasa je yang aku ni macam tak wujud tapi dia selalu cakap yang dia ingat aku kat mana mana. Boleh percaya ke? Aku sendiri pun percaya tak percaya. Tapi bila fikir balik benda kecik tak penting pun. Tapi yang tak penting tu la bila pendam sekali terkeluar pedas plus tajam. Take it easy je la kan. Relationship ni kalau manis je tak seronok. Kena la ada pahit sikit, masam sikit jangan lupa masin. cukup rencah. Ending dia Bahagia. Okey la saja nak luah perasaan. Ada satu lagi nak cerita tapi tak ingat. Bye~ 

How my life so far and what my relationship Status?

Semalam tulis blog lupa yang dah 2018. Hahaha. My life so far so good. Biasalah tak selalu happy and tak selalu sedih. Semuanya alhamdulillah. Banyak benda nak cerita sebenarnya tapi ikut idea la ye. Kalau ada idea panjang lah karangannya kalau tak pendek je la. Hehehe. Intern kat Bangi kan, tak kan tak jumpa Muhammad Shaifullah langsung? Gila la kalau tak jumpa. Sebenarnya jauh nak pergi jumpa dia. Sejam jugaklah dari Nilai ke Sentul tapi tak pe minyak dia tanggung so on. Hehehe. Kitorg jumpa tak selalu. 3 bulan kat sana 3 kali je jumpa. First kitorang jumpa kat NU Sentral then pergi Times Square. Second date kitorang pergi Setapak Mall rasanya. Last date kitorang jumpa kat IOI City Mall. Susah tak long distance relationship ni? Susah kalau korang tak ada rasa sabar yang setinggi bukit dan sedalam sungai. Kenapa bukan setinggi langit dan sedalam laut? Kami manusia biasa sedangkan bukit pun kami dah mengah nak daki dan sungai pun kami tak sampai ke dasarnya. Cinta jarak jauh ni tak susah kalau korang tanam benih kesetiaan. Siram dengan kepercayaan dan baja dengan kemaafan. Ada 3 benda ni korang akan mudah bertolak ansur. Setiap orang ada Keegoan. Keegoan tu la perosak pada tanaman korang. Tanaman kita tak kan kita nak biar dia rosak macam tu kan. Salah seorang mesti kena mengalah. Macam kami, ada je pertelingkahan dan salah faham tapi kami handle dengan baik. Merajuk boleh tapi tak berbaloi pun. Cemburu? Mesti ada tapi janganlah sampai makan diri. Tuduh dia yang bukan bukan tak perlu kot. Selidik dulu. Senang kata jangan cemburu buta. Faham minat dia. Dia nak main game silakan. Kalau sehari suntuk tak layan korang tunggu je esok. Kalau esok dia buat bodoh juga korang pergi la call ke whatsapp ke cakap macam ni:

" Awak, Saya rasa cukuplah sampai sini hubungan kita sebab awak ada kekasih baru yang awak sayang 24 jam. Saya dah tak penting dalam hidup awak lagi kan. Lebih baik saya undur diri. Game awak lebih penting. Awak boleh hidup tanpa saya tapi awak tak boleh hidup tanpa game awak kan. Kahwinilah dia. Semoga dapat zuriat yang ramai nanti. Biar banyak lagi game kat rumah awak."

Korang tengoklah reaksi dia macam mana. Kalau dia relakan korang pergi maka pergi je la cari lelaki lain. Serious talk aku tak pernah buat lagi tapi selalunya aku buat yang baik sikit dari yang atas ni. 

"Ye la game kan penting dari saya. Pergi la main game sana. Tak nak ganggu. Bye."

Nanti dia cakap 

"Tak la awak lagi penting."

 Bila dia cakap macam tu korang mesti ingat aku cairkan? Apa yang keluar dari mulut lelaki bila dia main game semua menipu. Kau tengok la lepas tu dia main game then biar kan kau lagi. Apa yang kau kena buat ialah bersabar and pergi la busykan diri. Makeup ke. Tengok youtube ke apa apa je la. Then kau pergi je la tidur. Bila dia tak main game diorang cari la kau balik. Hahaha. Aku dah biasa sangat diabaikan. Mula mula terasa la juga tapi lama lama jadi lali. Manusia tak sempurna kan. 

Okey, my relationship status with him? 
Jeng..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jeng..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jeng.. Rahsia dulu la ye. Kalau ada rezeki kami bagi berita gembira. Doakan lah ye. Semoga kami berjodohan. Aamiin.. Lots of Love..


End of My Study Life

Hampir terlupa yang aku ada blog rupanya. Actually bukan lah lupa cuma busy and duduk kat tempat yang tak ada internet. Alhamdulillah aku berjaya tamatkan last semester dan internship aku. Banyak yang aku belajar. Dari mula belajar sehingga la tamat latihan industri. Yang pertama persahabatan. Alone is better but with friend is much better. Hidup tanpa kawan bukanlah semudah yang disangka. Aku harungi hidup di alam belajar semuanya sendiri pada awalnya. Nak dekat habis barulah aku tahu yang kawan tu penting. Aku bukan tak nak berkawan tapi aku fobia untuk dikecewakan. Air mata dan segala luka and parut dihati ni selalu terjadi. Aisyah ni alone je. Dia okey je. Eh, relax je jalan sorang sorang? Beraninya? Itu yang orang nampak. Tapi tak sama dengan apa yang aku lalui. Okey itu masa kat universiti, lain dengan keidupan masa intern. Aku duduk dengan mak cik aku. Alhamdulillah ada tempat tinggal free. Kenapa duduk dengan mak cik? Sebab aku intern kat bangi so yang paling dekat Mak cik aku kat Nilai. Eh? Tak jauh ke Nilai ke Bangi.? Setengah jam juga la. Orang lain intern masuk pukul 9 or 10 aku pukul 8 dah kena ada. Macam mana intern kat SAPURA? Alhamdulillah seronok. Friendly je staff kat situ. Baik. Dapat makan free tu normal. Alhamdulillah. Diorang banyak membantu and tak berkira yang penting kau jangan malas je la. Aku tak pernah kerja sebelum ni so mula mula tu aku sangat kekok. Aku tak biasa berborak sangat so aku kurang bercakap kat sana. Dah nak habis baru banyak bercakap. And yang paling kau suka masa hari last tapi is was the sadest part. Masa tu kau memang tak kan sangka yang selama ni orang kenal je kau. Orang ambil tahu je pasal kau and orang care about kau. Aku paling ingat sorang kakak ni, aku selalu tolong dia. Dia bagi aku hadiah tudung. Aku nak nangis masa tu tapi aku tahan sebab kitorang ada ceramah. Life kerja ni macam tak ada life pun sebenarnya. Pergi kerja balik kerja. Tidur pun awal. Aku habis kerja pukul 5.30. Sampai rumah dalam pukul 6 lebih la. Masa balik tu belum tentu lagi Mak cik dah balik or tak. Tak boleh predict. Belum lagi kalau dia balik kampung suami dia. Kadang kadang aku beli makanan dia dah balik masak kadang kadang aku tak beli makanan dia tak balik lagi. Aku nak beli makanan dah malam malas keluar. Nak masak sesuka hati rumah orang. Kalau terdesak aku makan je la apa yang ada. Mak cik aku dengan suami dia business sendiri. Ada anak sorang. Kecik lagi baru 7 tahun (2017) so dia ikut la mak ayah dia kemana mana je after habis sekolah. Sabtu and ahad hari berseronok aku. Jalan jalan and tidur tu yang penting. Tapi aku banyak tinggal sendiri sebab mak cik aku and suami dia busy, balik malam. Hari tu ada family day sebelah suami dia, belum kira pergi bercuti lagi. Banyak masa aku tinggal sorang la. Seronok tapi sunyi. Tak takut ke? Takut juga la tapi it's okey la. Dah biasa. So now aku tengah cari kerja. Tak kesah la kerja apa yang penting halal. Okey la tak ada idea nak tulis apa lagi. Penulisan ni pun macam tunggang tebalik so aku kena asah balik penulisan aku ni semula. THE END.