End of My Study Life

Hampir terlupa yang aku ada blog rupanya. Actually bukan lah lupa cuma busy and duduk kat tempat yang tak ada internet. Alhamdulillah aku berjaya tamatkan last semester dan internship aku. Banyak yang aku belajar. Dari mula belajar sehingga la tamat latihan industri. Yang pertama persahabatan. Alone is better but with friend is much better. Hidup tanpa kawan bukanlah semudah yang disangka. Aku harungi hidup di alam belajar semuanya sendiri pada awalnya. Nak dekat habis barulah aku tahu yang kawan tu penting. Aku bukan tak nak berkawan tapi aku fobia untuk dikecewakan. Air mata dan segala luka and parut dihati ni selalu terjadi. Aisyah ni alone je. Dia okey je. Eh, relax je jalan sorang sorang? Beraninya? Itu yang orang nampak. Tapi tak sama dengan apa yang aku lalui. Okey itu masa kat universiti, lain dengan keidupan masa intern. Aku duduk dengan mak cik aku. Alhamdulillah ada tempat tinggal free. Kenapa duduk dengan mak cik? Sebab aku intern kat bangi so yang paling dekat Mak cik aku kat Nilai. Eh? Tak jauh ke Nilai ke Bangi.? Setengah jam juga la. Orang lain intern masuk pukul 9 or 10 aku pukul 8 dah kena ada. Macam mana intern kat SAPURA? Alhamdulillah seronok. Friendly je staff kat situ. Baik. Dapat makan free tu normal. Alhamdulillah. Diorang banyak membantu and tak berkira yang penting kau jangan malas je la. Aku tak pernah kerja sebelum ni so mula mula tu aku sangat kekok. Aku tak biasa berborak sangat so aku kurang bercakap kat sana. Dah nak habis baru banyak bercakap. And yang paling kau suka masa hari last tapi is was the sadest part. Masa tu kau memang tak kan sangka yang selama ni orang kenal je kau. Orang ambil tahu je pasal kau and orang care about kau. Aku paling ingat sorang kakak ni, aku selalu tolong dia. Dia bagi aku hadiah tudung. Aku nak nangis masa tu tapi aku tahan sebab kitorang ada ceramah. Life kerja ni macam tak ada life pun sebenarnya. Pergi kerja balik kerja. Tidur pun awal. Aku habis kerja pukul 5.30. Sampai rumah dalam pukul 6 lebih la. Masa balik tu belum tentu lagi Mak cik dah balik or tak. Tak boleh predict. Belum lagi kalau dia balik kampung suami dia. Kadang kadang aku beli makanan dia dah balik masak kadang kadang aku tak beli makanan dia tak balik lagi. Aku nak beli makanan dah malam malas keluar. Nak masak sesuka hati rumah orang. Kalau terdesak aku makan je la apa yang ada. Mak cik aku dengan suami dia business sendiri. Ada anak sorang. Kecik lagi baru 7 tahun (2017) so dia ikut la mak ayah dia kemana mana je after habis sekolah. Sabtu and ahad hari berseronok aku. Jalan jalan and tidur tu yang penting. Tapi aku banyak tinggal sendiri sebab mak cik aku and suami dia busy, balik malam. Hari tu ada family day sebelah suami dia, belum kira pergi bercuti lagi. Banyak masa aku tinggal sorang la. Seronok tapi sunyi. Tak takut ke? Takut juga la tapi it's okey la. Dah biasa. So now aku tengah cari kerja. Tak kesah la kerja apa yang penting halal. Okey la tak ada idea nak tulis apa lagi. Penulisan ni pun macam tunggang tebalik so aku kena asah balik penulisan aku ni semula. THE END.