Mengharapkan Kebahagian hingga Penghujung Hayat

Dia bukanlah seorang yang sempurna dimata tetapi mampu melengkapkan kekurangan yang ada. Dia bukanlah seorang yang romantik tapi dia tahu apa yang kita mahu. Sikapnya yang memahami sangat menenangkan hatiku. Kepercayaan yang ku berikan tidak pernah disia siakan. Orangnya tidaklah setampan yang diingini tetapi cukuplah ketampanan sikapnya membuat aku merasakan dialah one and only person that will accompanying me for a lifetime. Berada disampingnya mampu membuatkan aku rasa selamat.  Perkenalan selama 5 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Setelah 5 tahun dia menjadi tunang tidak rasmi. Mungkin 2019 dia akan menjadi tunang rasmi dan 2020 atau 2021 kami bakal melangsungkan perkahwinan dan sah menjadi suami isteri. Semua itu atas rezeki masing masing. Aku berharap agar aku sempat menjadi isterinya dan sempat menjalankan tanggungjawab seorang isteri kepada bakal suamiku. Seandainya bukan rezekiku untuk menjadi isterinya didunia tetapi aku mahu menjadi isterinya diakhirat kelak. Sayangku kepadanya bukanlah rekaan. Bukan juga permainan. Kami ikatkan rasa cinta dan sayang dengan kesetiaan. Kisah cinta kami tidak sehebat yang lain tetapi kami bahagia berada disamping masing masing. Semoga hubungan ini sentiasa kekal sehingga kepenghujungnya.

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.
~* MY LOVE *~