It's pengobanan?

I'm back setelah beberapa hari hilang. Busy actually. Ada tutorial, classes and I went to holiday. Okey la cakap pasal holiday aku pergi KL je sebenarnya. Aku stay kat sentral hotel. Hotel tu bagi aku best juga la. Area yang strategik. Dekat dengan Monorel. Service dia okey. Bilik dia okey. Tak ada problem mana pun. Aku mula mula nak pergi hari sabtu tapi tukar plan pergi hari jumaat. Aku sampai dalam pukul 4:00 petang macam tu la. Aku memang dah set dah nak makan apa kalau sampai je NU Sentral tu. Bila sampai je aku macam penat so aku malas la nak cari cari. Tapi bila aku naik atas nak keluar dari NU Sentral nak pergi hotel terus aku nampak 4 Fingers. Tu la yang aku nak makan. Aku terus pergi 4 fingers tu order 6 pieces chicken mix sauce ala cart. Memang tip top rasa dia. Ayam paling crispy yang pernah aku makan. Then aku pun balik bilik tunggu kawan aku sampai. Before dia nak sampai tu dia cakap jangan beli banyak banyak makan sebab mak dia dah tapau makan untuk dia. Ayam juga. Hahaha. Nasib aku tak beli banyak kalau tak jenuh la. Then dia sampai dalam pukul 7 macam tu. Mlm tu kitorang dinner maggi goreng mamak dengan ayam masak merah mak dia. Memang kenyang la. Esoknya kawan aku ni ada kelas dari pukul 12 sampai 3 petang. So aku tinggal la sorang sorang. Aku pun siap siap then terus pergi NU Sentral. Aku memang lapar sangat masa tu. Ingatkan nak tunggu kawan aku sampai tapi aku memang dah tak tahan sangat. Aku keluar duit then aku pergi makan kat McD dulu. Makan bubur ayam je. Then aku pergi transfer duit. Kebetulan jumpe Cash Deposit kt KL Sentral tu. Hahaha. Aku main merayau je tak sangka jumpa. Setlle semua aku pun pergi auntie anne's. Aku beli pretzle stick cinamon sugar. Then aku beli new york cheesecake. Then aku jalan jalan kat NU Sentral tu. Aku tunggu kawan aku sampai dia balik. Sempat la aku shopping kejap. Beli tudung survey barang semua. Then dia sampai je kitorg pergi makan kat b.bap korean food. Kawan aku order spicy ramen. Aku pula terlupa aku order jajangmyon. Aku igt aku order spicy fried ramen. Kawan aku punya makanan memang tip top. Aku punya makanan hanyak Allah je tahu. Aku nak telan susah gila weyh. Nak muntah pun ada. Tapi aku buat buat cool. Hahaha. Aku ada order bimbap tapi bungkus je sebab kenyang. Gila kau yang datang tu mangkuk besar kot. memang tak habis la cerita dia. Then kitorang ingat nak jalan jalan kejap tapi kesian kawan aku penat. Kitorang balik membuta la apa lagi kan. Malam lepas solat tu kawan aku beli makanan untuk aku. Sebab dia yang rajin nak turun. Hahaha. Aku order nasi goreng ayam dia pulak makan indo mee. Before tu kitorang dah makan bim bap. Aku je yang makan sebenarnya. Dia tak makan sangat. Ye la bimbap kan macam sushi. Dia tak makan sushi. Then kitorang tengok tv and tidur balik. Last day for our holiday kitorang check out then pergi NU Sentral. Jalan jalan lagi sementara tunggu tiket bas aku pukul 4. Kebetulan memang ada promotion kasut time tu so aku pun beli dua kasut sekali gus. Then aku tapau 4 Fingers. Kitorang makan KFC kat TBS. Dia la yang teman aku sampai aku turun naik bas. Sayang sangat kat dia. Dia tu siapa biarlah rahsia bagi aku. Kawan aku tahu kau baca entry ni so aku nak ucap terima kasih banyak banyak kat kau sebab kau setia bersama aku tika aku suka dan duka. Kau tak pernah kesah untuk keluarkan duit untuk aku dan kau curahkan kasih sayang kau tanpa jemu. Aku beruntung sebab punyai sahabat seperti kau. Pengorbanan kau terhadap aku tak pernah padam dalam ingatan aku. Terima Kasih.

Rupa, hati atau harta?

Lama tak update blog mesti someone tu rindu nak baca blog kita. Dialah pembaca setia. Yang paling setia dari blog yang first and this is my second blog. Dia tahu everything about aku. Selama 4 tahun lebih perkenalan dialah yang paling memahami. 

Korang mesti pernah dengar orang pilih pasangan berdasarkan rupakan? Yes majoriti. Handsome/cantik tu package yang sempurna. Tapi kalau tak handsome/cantik janganlah dihina. Kalau kau tak suka dia kenapa kau nak pilih dia? Saja nak mainkan perasaan dia. Kau nak game dia macam dia tak ada perasaan? Kau sebuk puji perempuan ni cantik or lelaki ni handsome tapi kau tak ada effort nak cantik kan pasangan kau sendiri. Tak salah kalau kau try cantikkan pasangan kau sendiri. Belikan dia product product yang membantu. Tapi kalau pasangan yang perempuan tu ikut la nak beli makeup or skin care. Kalau aku, aku lebih prefer skin care or collagen sebab cantikkan dalaman sekali. Aku ni cakap je tapi buat ke? Sebab aku buat la aku cakap. Aku ni perempuan and pasangan aku lelaki off course. Mula mula aku jumpa dia muka dia penuh jerawat. But its okey aku terima. Bila aku start belajar tempat sama dengan dia aku selalu jumpa dia. Niat aku cuma nak membantu dia je. Aku belikan dia Magic Jelly. Alhamdulillah dia kata okay. Aku beli sekali tu je la. Then pandai pandai dia la. Yang lain lain tu effort dia sendiri la macam mana nak pulihkan kulit dia yang sensitive tu. 

And lagi satu penampilan. Ramai orang nak pasangan yang stylist. Macam aku cukup la simple dan kemas. Kalau pakai kemeja mesti masukkan dalam. Pakai seluar slack mesti pkai belt sekali. Kalau casual look ni asalkan kemas sudah la. Rambut yang paling penting. Aku tak suka rambut lelaki yang panjang. And tak suka juga yang pendek sangat. Yang penting kemas. Kena sikat. Kenapa aku demand sangat? It's not about demand. Penampilan kita melambangkan siapa kita. Aku akui yang aku pun  bukannya cantik sangat pun. Tapi aku jaga penampilan aku. Why not aku jaga sekali pasangan aku punya penampilan. Aku tak suka orang kate dia selebet/selekeh. Panas telinga and hati aku. Tapi mulut orang kita tak boleh tutup. 

Bila korang baca yang atas confirm korang lebal aku perempuan yang pandang rupa. Correction. Kalau aku pandang rupa aku tak ubah dia. Aku reject terus. Aku suka kat pasangan aku sebab hati sebenarnya. Tak tau kenapa tapi tetiba aku rasa macam serasi dengan dia. Dia selalu happykan aku. Sikap dia yang sempoi and simple buatkan aku selesa. Dia tak halang apa yang aku nak buat asalkan pandai jaga batasan. Dialah lelaki yang parent aku restu. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat. In term of harta kami dua dua orang sederhana. Masih mampu. Cukup makan, pakai dan tempat tinggal. Cukup kasih sayang dan cukup untuk sambung pengajian. Alhamdulillah. Harta boleh dicari. Rezeki kita Allah dah tetapkan. Kita kena usaha je. Jangan lalai. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan. Okeylah itulah serba sedikit coretan aku. Ada masa aku update lagi. 

And pada awak (M.S) yang tengah baca ni love isn't finding a perfect person, it's seeing imperfect person perfectly. Keep smiling cause your smile is my happiness.