Permulaan Yang Tak Pasti

Pada mula penulisan ini aku nak ucap rasa bersyukur kehadrat Ilahi sebab telah memberi kekuatan dan keyakinan pada aku. Atas pinjaman itu aku mampu untuk menempuh alam belajar. 4 tahun penantian aku tunggu. 4 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Kau kena hadap pelbagai ragam manusia. Perubahan demi perubahan. Madu dan racun semua kau dapat rasa. Rapat dan renggang kau kena terima. Renggang bukan maksud tak berkawan langsung, bukan juga mengelak tapi dia bukan yang terbaik untuk kau teruskan. Berkawan ini atas pilihan. Kalau kau pilih yang baik maka baiklah. Kalau kau pilih yang sebaliknya pun okay je cuma kau kena bijak. Tak ada benda yang datang bergolek dalam dunia ni. Akal yang Allah beri kau kena guna dengan betul. Lagi satu hidup tanpa masalah ni ibarat kopi tanpa gula. Masalah ini sentiasa datang. Cara kau solve masalah tu, itulah kebijaksanaan kau. Aku mengaku yang aku pernah jadi bodoh sebab masalah. Result drop sebab masalah. Aku tak pernah solve problem tu. Ramai yang prihatin tapi satu je cakap kat diorang.

" Tolong jangan cakap apa apa about dia kat aku. Bila korang tanya macam ni aku rasa yang dia ada cerita belakang about aku. And jangan tanya macam ni juga kat dia, sebab aku tak nak dia fikir yang aku kata belakang about dia kat korang sedangkan aku tak pernah cerita apa apa about dia kat korang pun kan. "

Sejak dari tu telinga aku aman tapi tak aman mana pun. 2 tahun aku hidup dalam hostel tu dengan orang yang aku tak suka. Tak ada issue tentang dia dan aku, selisih faham je. Dia sebilik dengan aku. Kitorang duduk kat ruang tamu bertiraikan langsir. Orang lepak kat ruang tamu gelak gelak. Bersuka ria. Dia jenis tidur awal bila kitorang bising confirm la ganggu dia. Tapi dah happy sangat lupa semua tu. Korang tau kan macam mana wechater ni? Update. Maki. Dalam wechat ni. Kau rasa. Apa salahnya kau buka tirai langsir ni cakap kat kitorang yang kau nak tidur. Tak salah la benda tu. Kau yang rajin sangat update wechat biar orang simpati kat kau. BULLSHIT! Tapi aku tak ambil part masa tu. Aku diam je. Aku terasa sebab kau tak guna otak tu untuk fikir. And part yang paling best bila semua housemate dijemput berkumpul diruang tamu. Kita berbincang sebab kau nak pindah bilik. Kau memang nak mengelak dengan aku kan sebenarnya. Alasan kau mudah. BISING. Aku masa tu panas sangat dengan perangai kau. Kalau time tu kau cakap kau tak nak aku ada dalam rumah tu aku dengan rela angkat kaki dari rumah tu. Bila kau cakap BISING tu automatik aku cakap LEPAS NI JANGAN LEPAK RUANG TAMU LAGI. Kau EGO. Kalau rasa kau besar dalam rumah tu. Orang kena hormat kau. Aku hormat keputusan kau. Undian bilik dan ruang tamu tu aku yang buat dan memang aku pilih ruang tamu. Bagus kau pindah bilik tapi kau still serumah dengan aku. Bila kau dah pindah bilik aku tak faham kenapa kau kena buka lagu kuat kuat tapi tak tutup pintu. Kau fikir apa masa tu? Kau ingat aku nak dengar lagu kau. Walaupun lagu kau best aku tak nak dengar. Kau request nak pindah bilik tapi kau tak reti ke tutup pintu kau tu. Kau cakap kitorang bising ganggu kau tidur. Buka lagu kuat kuat tu tak ganggu ke? Tak BISING ke? Aku tak tegur direct tapi aku bukak surah YASSIN kuat kuat. Kau dengan room mate kau dengar kan? Korang terus tutup pintu. Pandai rupanya kau tutup pintu. Kau mula mula tak lepak ruang tamu sebab ada aku. Bila dah lama lama kau lepak ruang tamu kau pula berborak. Aku tengah tidur dan korang berborak dan gelak sama macam situasi aku borak dengan diorang. Kau ingat tak bising ke? Tapi aku tak update apa apa. Aku diam. Aku duduk dalam bilik. Aku keluar dari tirai korang diam. JIJIK ke aku ni kat mata kau. Aku kena hadap kau 2 tahun. Tapi perancangan Allah tu bagus. Aku kenal kawan baru and aku bersyukur sebab aku boleh elak kau dari pandangan aku. Aku tahu tak baik gaduh lama lama. Tapi aku tak tau kenapa aku tak boleh ngam dengan kau lagi. Aku boleh je senyum dengan kau tapi senyuman aku kosong. Tak ada isi. Ikhlas or tak aku tak boleh jawab. Atas rasa keperimanusiaan aku zalim dengan kau dan diri aku sendiri. Aku tak pernah minta maaf dengan kau betul betul. Just maaf yang biasa bila nak balik raya. Aku sedar salah aku. Tapi aku tak nak ada apa apa dengan kau lagi, Cukup lah hanya kau orang yang pernah ada dalam hidup aku dan sekarang kau bukan sesiapa. 

Pengakhiran pelajaran aku adalah permulaan ke alam pekerjaan. Aku tak tahu macam mana ragam orang orang dalam tu. Aku harap diorang dapat terima aku seadanya. TERIMA KASIH sebab buat aku banyak berfikir dan memilih. Kadang kadang yang ada depan mata bukanlah yang terbaik. Ada hikmahnya atas setiap perkara yang berlaku.